Skip to main content

Gejala obesiti berpunca daripada gaya hidup tidak sihat

Secara umum , obesiti sering dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan . Hal ini kerana pengumpulan lemak badan yang menimbun di dalam badan seseorang. Mungkin sebahagian masyarakat menganggap bahawa obesiti itu adalah masalah kegemukan akan tetapi obesiti merupakan satu penyakit berpunca daripada gaya hidup tidak sihat , pengambilan makanan yang tidak mengikut piramid makanan dan sebagainya . Kesan daripada obesiti boleh menggangu dan mencederakan organ - organ badan dan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain itu , mereka akan menghadkan waktu untuk melalukan sebarang aktiviti sama ada fizikal atau sosial serta jamgka hayat mereka juga semakin pendek. Perkara ini sering berlaku kerana gaya hidup tidak sihat.

Obesiti sering dialami olegh kaum wanita dan remaja perempuan berbanding lelaki . Seseorang yang mengalami obesiti sering mengalami lemak berlebihan di bahagian abdomen ,peha , bawah lengan ,leher dan muka. Mereka akan cepat berasa penat dan letih serta tercungap - cungap.


Gaya Hidup Yang Tidak Sihat 

  Di Malaysia kebanyakkan masyarakat nya tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat sebaliknya sering makan makanan yang berminyak , makanan segera makanan yang mengandung bahan pengawet , perasa ,perwarna dan sebagainya . Pengambilan makanan dengan kuantiti yang banyak akan menyumbang kepada masalah obesiti . Tambahan pula , perkara ini akan menyebabkan masalah kolestol , penyakit jantung , diebetis dan pelbagai yang akan menyerang tidak kira peringkat umur . Kebanyakkan remaja sering mendapat penyakit begitu kerana tidak mengawal cara pemakanan.


Kita seharusnya mengambil contoh daripada piramid makanan sebagai rujukan untuk gaya hidup yang sihat . Mengubah cara pemakanan dan mengamalkan pemakanan yang sihat dapat menjauhkan diri dari gejala obesiti . Katakan tidak kepada makanan yang tidak sihat sebaliknya katakan ya kepada makanan yang sihat seperti sayur - sayuran , buah - buahan , protein dan karbohidrat dengan kuantiti yang banyak dan seimbang .





Selain itu, Gaya hidup tidak sihat yang menyumbang kepada gejala obesiti adalah kurangnya aktiviti di luar rumah atau tidak melakukan aktiviti yang menyihatkan . Kita mestilah bersenam sekurang kurangnya 2 -3 seminggu dalam tempoh 1 jam atau lebih . Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada gejala obesiti seperti berjogging , berjalan , berzumba dan bermacam lagi. Kita boleh melakukan bersama - sama ahli keluarga atau sahabat . Bersenam dapat menurunkan berat badan jika kita melakukan secara konsisten dan berterusan di samping menjaga pemakanan.


Kesimpulan nya , masalah obesiti dapat diatasi dan dihindari melalui kesedaran tentang gaya hidup tidak sihat . Kita mestilah meninggalkan gejala tidak sihat ini jika mahu kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata pepatah hendak seribu , tak nak seribu dalih .

Comments