Skip to main content

Diet yang seimbang

Kebanyakkan masyarakat di Malaysia mengamalkan amalan diet atau pengaturan makanan yang seimbang dan sihat. Hal ini kerana, mereka masukkan gaya hidup yang sihat dan menurunkan berat badan . Selain daripada itu ada segelintir rakyat Malaysia yang obses terhadap penurunan berat badan dan inginkan berat badan yang ideal . Mereka silap dalam mengamalkan cara diet dan pemakanan . Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan kesihatan tubuh badan . Justeru , kita seharusnya melakukan sebarang diet tanpa mempunyai sebarang ilmu atau pengetahuan kerana kesanya mungkin akan memudaratkan .

Diet yang seimbang adalah berdasarkan daripada piramid makanan , yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat , pelawas , air , garam mineral , lemak dan vitamin. Namun pengambilan diet yang seimbang mempengaruhi umur , jantina , saiz badan , tahap kesihatan dan aktiviti yang dijalankan. 


Berikut adalah tips diet yang seimbang dan sihat ; -



  • Mengumpul maklumat sebanyak yang boleh agar mempunyai ilmu yang cukup .
  • Menetapkan target atau tujuan diet .
  • Pilih amalan diet yang betul.
  • Mendapat sokongan luar.
  • Jauhi MSG ( monosodium glutamate )
  • Tambah menu fiber
  • Peka dengan kalori 
  • mengikut program kesihatan 
  • bersenam

Comments